Jenis-Jenis Buah-buahan Tempatan
Industri buah-buahan di Malaysia memainkan peranan penting dari segi ekonomi dan social. Buah-buahan tempatan yang paling mudah didapati ialah pisang, betik dan nenas. Buah~buahan ini tidak semestinya disukai ramai tetapi ia adalah terdapat dengan banyak, murah dan boleh diperolehi sepanjang tahun. Dengan sifat-sifatnya yang luar biasa, terutama dari segi rasa yang terdapat pada buah telah menempatkan durian sebagai buah yang paling terkenal dinegara kita. Selain dari itu buah-buah seperti rambutan, manggis, mangga, limau tempatan, ciku, duku, langsat, nangka dan cempedak adalah termasuk dalam senarai buah-buah yang disukai ramai.
Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar.
(a) Buah-buahan tak bermusim
(b) Buah-buahan yang bermusim
Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.
Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Desember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah Durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.
Subscribe to:
Posts (Atom)