Wednesday 1 June 2011

Buah-Buahan Tempatan

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas
dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa.
Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis 
tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika. Buah-buahan
di Malaysia boleh dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu buah-buahan bermusim
dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk
nenambahkan hasil pendapatan negara, dan sebahagian lagi adalah ditanam untuk
keperluan penduduk tempatan, dan ini dikenali sebagai buah-buahan tempatan.
Berikut adalah buah-buahan yang biasa ditanam di Malaysia.